-->

Tuesday, September 16, 2014

UDANG GORENG MENTEGA (BUTTER PRAWN)

As Salam, selamat tengahari....

Anda semua dah makan?
Apa menu tengahari anda semua? Mesti special kan....
Ok lah tengahari ni saya nak kongsi menu butter pawn. Bahan-bahannya mudah sahaja tapi rasanya memang sedap. Jom kita intai resepi...


saya suka banyak sarang/floss

Bahan-Bahan:


2 sudu besar mentega/marjerin
2 biji kuning telur (saya guna 4 biji kuning telur sebab nak lebih sarang /floss)
Secawan minyak

Caranya:

1. Pukul kuning telur perlahan je x perlu sampai berbuih.
2. Panaskan mentega/marjerin dengan minyak. Pastikan minyak dalam kuali betul-betul panas. sebaiknya gunakan senduk bulat.
3. Bila minyak dah panas tuangkan kuning telur tadi. Tuang tinggi sikit ye untuk menghasilkan corak floss yang halus. Tuang sikit-sikit je. Sambil tuang kuning telur kacau dengan senduk bulat laju-laju.
4. Teruskan kacau hingga kuning telur masak dan bewarna keemasan.
5. Setelah masak toskan minyaknya ke dalam penapis atau towel kitchen. Ketepikan

Bahan-bahan:
10 ekor udang saiz besar
Garam (ikut citarasa)
Lada sulah (ikut citarasa)
3 ulas bawang putih dicincang
5 tangkai cili padi (optional)
3 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
Sedikit butter atau marjerin untuk menumis

Caranya:
1. Perap udang dengan garam dan lada sulah selama 10 minit.
2. Goreng udang dalam lebihan minyak yang kita buat sarang/floss tadi.  Jangan terlalu lama cukup sekadar ia berubah warna sahaja. Kalau tidak nanti udang akan mengecut dan keras.
3. Angkat dan ketepikan
4. Panaskan butter/marjerin. Tumis bawang putih,daun kari dan cili api hingga naik bau. Masukkan susu cair dan kacau sebentar.
4. Masukkan udang dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Angkat dan taburkan dengan sarang/floss yang kita dah buat tadi.

Tadaaa...dah siap!! Senang je kann.....







No comments:

Post a Comment