-->

Monday, September 15, 2014

KEK COKLAT LAPIS CHEESE


Assalamualaikum & Selamat Pagi

Pasti ramai yang masih melekat dengan selimut dan bantal empuk pagi ni. Maklum lah hari ni kan cuti umum sempena Hari Malaysia. Tambahan pula hujan dari awal pagi tadi dan sampai sekarang masih lagi mendung, lagi layu la mata ni kan.....



Hari ni saya nak berkongsi satu resepi yang pasti ramai dah mencuba dan merasainya. Sebenarnya dah lama saya buat kek coklat lapis cheese ni. Kalau tak silap ini adalah percubaan yang kedua. Percubaan yang pertama dulu ikut resepi lain. Memang dah lama sangat. Tak ingat resepinya ambil di mana. Jadi saya nak berkongsi resepi yang saya ambil dari rumah kak ita. Rumah kak ita ni meriah tau. Meriah dengan apa?
Mestilah meriah dengan pelbagai resepi yang sedap-sedap, cantik-cantik, comel-comel macam tuan rumah dia jugak hee..hee....Lagi satu kak ita ni sangat pemurah dengan ilmu. Banyak tips yang dia kongsikan sebagai panduan dan rujukan untuk kita semua. Jom kita tengok resepi di bawah...


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
By: Yatie

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

Penyediaannya

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Rupa kejadian kek saya tak secomel rupa kejadian kek kak ita :)

Buat minum pagi atau minum petang dengan secawan kopi. Sedapnyaaa...



SELAMAT MENCUBA !!

Psstt....Kalau malas nak buat boleh order kat saya. Call/whatsapp 0123508753 :)


No comments:

Post a Comment